Senin, 17 Februari 2014

Ziad Bahaa Eldin

KAHERAH – Presiden sementera Mesir bakal menamakan seorang peguam perniagaan, Ziad Bahaa Eldin sebagai Perdana Menteri baru negara itu dalam tempoh 24 jam, demikian menurut rakan rapat presiden hari ini.
Presiden sementara, Adly Mansour, dilaporkan mahu melantik pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei sebagai Naib Presiden selepas parti Islam menolak cadangan awal untuk melantik ElBaradei sebagai Perdana Menteri.
“Presiden sedang menimbang untuk melantik antara Bahaa Eldin dan ElBaradei,” kata penasihat media Mansour, Ahmed al-Muslimani kepada AFP.
Beliau berkata, keputusan muktamad dijangka diumumkan esok (lewat hari ini).
Anak kepada seorang penulis terkenal, Bahaa Eldin akan mempunyai tugas berat untuk membawa perpaduan kepada negara Mesir yang baru selepas tentera menggulingkan presiden Mohamed Morsi, empat hari lalu.
Eldin sebelum ini bekerja di beberapa firma peguam di Washington, sebelum menjadi penasihat kepada Kementerian Ekonomi Mesir pada 1997.
Ayah kepada dua anak lelaki itu menyertai politik pada 2011 selepas revolusi Arab Spring yang menyaksikan kejatuhan pemerintahan presiden Hosni Mubarak. – AFP

Categories: , , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!