sinar harian
var dateEG = "July 18, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 18 Julai 2012
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kumpulan profesional tersebut dianggotai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Suhaimi Kamaruzaman, Pengarah Konsortium Abass Sdn Bhd (Abbas), Ir Abas Abdullah, Pengurus Besar Pengurusan Air Kumpulan Perangsang Selangor, Karim Endut dan Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan Perangsang Selangor, Kevin Lee.
“Kumpulan tersebut dihantar kerana Syabas didakwa gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi pagi tadi (semalam),” katanya pada sidang selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini semalam.
Menurutnya, pihaknya yakin kumpulan tersebut akan dapat bekerjasama dengan Syabas kerana semua anggotanya itu berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air.
Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri sudah menyediakan surat untuk memaklumkan hasarat untuk ‘step in’ dalam pengurusan Syabas kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
“Ahli Exco Dr Xaxier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya kira-kira jam 11 esok (hari ini) secara peribadi kerana Kerajaan Negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Kita berharap Syabas dan Kerajaan pusat tidak menyalahgunakan isu air untuk menyusahkan rakyat terutama kepada umat Islam yang akan mula berpuasa hujung minggu ini,” katanya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri konsisten dengan pendirian bahawa penstrukturan semula industri air merupakan penyelesaian holistic serta menguntunkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan menunjukkan kebolehan untuk menguruskan Syabas sekiranya langkah ‘step in’ itu dilaksanakan.
“Kita akan buat tawaran kepada empat syarikat konsesi air seperti kita tawarkan setahun lalu iaitu Abbas, Syabas, Puncak Niaga dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).
“Kita nak betulkan perkara terpenting iaitu kadar air tidak bertinjauan (Non Revenue Water) dan kos Syabas boleh dikurangkan,” katanya.

0 komentar:
Posting Komentar