Sabtu, 28 Desember 2013


Yus Jambu Bakal Kahwini Model Sambilan
Yus Jambu Bakal Kahwini Model Sambilan - KUALA LUMPUR : Sebaik saja kumpulan Jambu yang dianggotai Yus dan Tauke diumumkan sebagai naib johan program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM), Yus secara rasminya telah mencanang satu Malaya bahawa dia akan menggunakan wang kemenangan tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinannya nanti.
Namun, sehingga ke hari ini, Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo,37, masih belum memberitahu identiti sebenar wanita yang telah pun bertakhta di hatinya sekaligus memikat hati Yus untuk menjadi suri dihatinya.
“Saya ni bukan jenis perahsia. Kalau ikutkan hati saya, saya nak beritahu semua bahawa dia adalah bakal isteri saya. Namun, demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu foto dan nama sebenarnya.
“Namun, untuk tidak mengecewakan orang yang dah bertanya, saya akan memberitahu sedikit demi sedikit siapakah dia orangnya. Nama pangkal dia adalah B dan dia berasal dari Taiping. Dia bekerja sebagai setiausaha ahli korporat dan juga model sambilan. Dia berumur 32 tahun.
“Saya baru saja empat bulan mengenalinya. Saya kenal dia pun menerusi facebook. Alhamdulillah, setakat ini saya suka dan mahu dia jadi isteri saya kerana dia sangat memahami saya,” katanya kepada murai.com.my.
Membicarakan soal tarikh kahwin, Yus mengakui dalam persiapan menuju ke alam perkahwinan. Namun, Yus memberitahu berkemungkinan besar tidak akan bertunang kerana pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini.
“Ya, saya akan berkahwin dengan dia. Namun, tarikh yang tepat masih belum ada. Mungkin paling cepat tahun ni paling lewat pun tahun depan. Walaupun masih belum bertarikh, saya sudah merancang untuk membuat majlis kahwin ala kampung di pihak saya di Perlis nanti.
“Saya suka dia sebab wajahnya persis gadis kampung. Apabila saya kenal dia menerusi facebook, selama dua minggu dia tidak pernah tahu saya ini adalah artis atau pun Yus Jambu. Sehinggalah satu hari, kawan dia memberitahu dia dan dia sendiri bertanyakan identiti saya.
“Selepas kenal dan tahu siapa saya, dia tersangatlah memahami kesibukan saya. Dia pun wanita yang mempunyai wawasan dan bekerjaya. Setakat ini, saya sudah pun berjumpa dengan ahli keluarganya. Tapi saya belum datang ke rumahnya di Taiping. Kami berjumpa pun tatkala keluarganya datang ke Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini,” jelasnya.
Meneruskan cerita, Yus bersyukur ayah dan keluarga wanita itu menerimanya dan memberikan pandangan positif terhadap hubungan mereka.
“Ayah dia yang nak berjumpa dengan saya. Dia nak kenal identiti dan perlakuan saya. Alhamdulillah, mereka suka saya dan mengatakan saya tidak seperti yang disangkakan. Maksudnya, pada mulanya mereka ingatkan saya ni kategori artis sombong dan belagak, tapi sebenarnya saya tidak.
“Saya pun mesra dengan keluarga dia. Ayah dia pun sporting dan sekepala dengan saya. Saya rasa saya tidak akan bertunang dengan dia. Kalau bertunang pun sekejap saja. Dulu saya dah 4 tahun menghadapi dilema bertunang.
“Terus-terang, saya sudah lama tidak merasa perasaan gembira sebegini. Jadi, doakanlah saya bahagia dan hubungan saya kekal selamanya,” jelasnya.
Sementara itu, Yus berjanji apabila tiba waktunya nanti, dia akan beritahu dan mendedahkan wajah kekasihnya itu. – Murai

Categories: , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!