Senin, 30 Desember 2013

Juru Kunci Kerang penghasil mutiara umumnya berasal dari famili Pteriidae, namun yang umum dikenal hanya jenis-jenis tertentu seperti gold atau silver-lip pearl oyster (kerang mutiara bibir emas atau bibir perak) Pinctada maxima, black-lip pearl oyster (kerang mutiara bibir hitam)

Pinctada margaritifera, Akoya pearl oyster (kerang mutiara Akoya) Pinctada fucata dan the winged-pearl oyster (kerang mutiara bersayap) Pteria penguin.

Semua anggota famili ini hidup di laut. Sedangkan moluska lain penghasil mutiara yang sejauh ini dikenal berasal dari kelompok abalone dan beberapa gastropoda lain serta beberapa jenis kerang bivalvia air tawar.

[imagetag]

Setiap jenis kerang mutiara menghasilkan mutiara dengan spesifikasi yang berbeda. Pinctada maxima menghasilkan mutiara relatif lebih besar dari semua jenis kerang penghasil mutiara, berwarna perak, emas dan krem. Jenis ini banyak dibudidayakan di Indonesia, Birma, Thailand dan Australia.

Sedangkan kerang jenis Pinctada margaritifera merupakan primadona negara-negara pasifik selatan. Mutiara yang dihasilkannya bervariasi dari warna krem sampai warna hitam. Warna hitam merupakan warna yang diminati pelanggan mutiara dunia saat ini. Dengan demikian harganya sangat mahal. Diameter mutiara yang dihasilkan umumnya lebih kecil daripada yang diproduksi Pinctada maxima.

Sementara Pinctada fucata adalah jenis yang banyak dibudidayakan di Jepang, dan Pteria penguin tidak banyak dibudidayakan karena sejauh ini hasilnya diperuntukkan hanya pada kalangan tertentu mengingat bentuk mutiara yang dihasilkan umumnya tidak bundar.

1. PEARL of ALLAH / Lao-Tze Pearl

[imagetag]

Pearl of Allah (secara resmi dikenal dengan nama Lao-Tze pearl) adalah mutiara terbesar di dunia yang ditemukan pada tahun 1934 di lepas pantai Pulau Palawan oleh seorang penyelam Filipina.

Mutiara ini dijadikan hadiah kepada Wilbur Dowell Cobb oleh kepala suku di Palawan pada tahun 1936 karena Cobb telah menyelamatkan nyawa anaknya.

Keturunan Cobb menjual mutiara ini kepada toko permata di California tahun 1980 dengan harga 200.000 dollar AS. Harga saat ini ditaksir sebesar 40 juta dollar AS.

[imagetag]

Mutiara raksasa ini ditemukan di dalam kima raksasa Tridacna gigas. Hal yang tak mungkin dihasilkan oleh kerang mutiara dari Family Pteriidae atau kerang penghasil mutiara dari jenis lain.

Bentuk mutiara Pearl of Allah tidak beraturan (baroque) dan menyerupai otak kepala besar. Panjang yang mencapai 23.8 cm dan berat 6.4 kilogram menjadikannya sebagai mutiara terbesar yang ditemukan selama ini.

2. La Peregrina

[imagetag]

La peregrina atau Sang pengelana (musafir) adalah mutiara yang ditemukan di Kepulauan Perlas, lepas pantai Panama pada tahun 1500-an. Konon, mutiara ini ditemukan oleh seorang budak yang menginginkan kebebasan sebagai bayaran dari mutiara yang ditemukannya.

Mutiara ini dibawa dan diserahkan kepada Raja Spanyol Phillip II dan sang raja menghadiahkannya kepada Ratu Maria, sebagai hadiah pernikahan. Saudara dari Napoleon I, Joseph Bonaparte mengambil mutiara ini dan membawanya ke Prancis dan akhirnya sampailah mutiara ini kepada Duke of Abercrombie.

[imagetag]

Akhirnya, mutiara ini dibeli dengan harga 37 ribu dollar amerika oleh Richard Burton dan menghadiahkannya sebagai hadiah Valentine"s Day kepada Elizabeth Taylor. Keunikan dari mutiara ini, disamping perjalanannnya yang begitu panjang, dia memiliki bentuk seperti air mata atau buah pir, dan memiliki berat 10.192 gram.

3. Big Pink Pearl

[imagetag]

Mutiara besar bewarna pink ini berharga 4.7 juta dollar amerika pada tahun 1991. Dia dicatat dalam buku Guiness Book of Records sebagai mutiara yang paling besar yang ditemukan dari abalone (Haliotis).

Berbentuk baroque dan memilik berat 470 carat setara dengan 94 gram. Mutiara ini dimiliki oleh Wesley Rankin yang menemukannya di Salt Point State Park, California pada tahun 1990.

4. Abernathy Pearl

[imagetag]

Mutiara alami dari air tawar ini ditemukan oleh William Abernathyl, sang penyelam mutiara di sungai Tay pada tahun 1967. Dengan berat 44 grains, mutiara ini dianggap mutiara yang paling sempurna yang ditemukan dari sungai-sungai di Skotlandia. Mutiara ini diberi nama "the little willie".

Sumber

#bcfda5


Kisah Benar Pelajar Mendapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan. Wallahualam | Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.


Ceritanya begini :


Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita. SUMBER


Nama Panjang Trend Kini
Nama Panjang Trend Kini - KUALA LUMPUR : Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang kini menjadi pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.
Nama itu semacam berselirat bila kebetulan nama bapa juga panjang seperti Muhammad Haikal Shafiq al-Amin.
Penceramah agama Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, “memang ada kalangan ibu bapa yang gemar memilih nama anak yang panjang dan lain
dari yang lain tanpa memikirkan maksud yang baik di sebalik nama berkenaan.”
Trend memilih nama panjang ini berbeza dengan trend pada tahun-tahun 40′an-50′an dulu ketika ibu bapa memilih nama-nama yang agak luar biasa seperti
Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol, Tumpang, Sabtu, Ahad, Isnin dsbnya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, dari segi kepanjangan nama untuk pendaftaran, JPN tidak ada halangan asalkan nama berkenaan tidak melebihi 80 aksara meliputi huruf, ruang kosong, bin, binti dan nama bapa.
JPN cuba menasihati sekiranya nama yang ingin diberikan itu mempunyai maksud yang tidak baik, katanya.
Jainisah berkata nama yang terlalu pelik juga tidak digalakkan kerana ia akan menyusahkan ibu bapa itu sendiri apabila terpaksa datang semula ke JPN bagi
menukar nama yang anak itu sendiri tidak selesa.
Wan Akashah berkata nama anak selain melambangkan identiti, ia juga merupakan doa.
“Lebih baik meletakkan nama yang pendek tetapi mempunyai maksud yang baik berbanding nama yang panjang dan pelik tetapi tidak mempunyai sebarang maksud,” katanya.
Ada nama yang memberi makna negatif.
Jainisah berkata, kira-kira 500,000 pendaftaran kelahiran direkodkan oleh JPN setiap tahun.
JPN tidak mempunyai statistik nama-nama panjang yang didaftarkan, katanya. – Bernama

Minggu, 29 Desember 2013


AHAD, 8 APRIL 2012



SHAH ALAM - “Terima kasih, akak reda dengan segala ujian. Akak doa dan harap ALLAH sayangkan akak”.

Itulah ucapan ringkas yang diterima wartawan kiriman Sri Wani Choo Abdullah, 37, pengusaha produk kecantikan yang mencuri perhatian umum sejak berita suaminya memfailkan pembatalan perkahwinan di Mahkamah Syariah, tahun lalu, diketahui umum.

Berdasarkan tinjauan dan carian internet yang dilakukan selepas pengakuan eksklusif Sri Wani dipaparkan media kelmarin, orang ramai memberi respons positif.

Rata-rata mereka berdoa sekiranya Sri Wani tidak bersalah, mudah-mudahan perkahwinannya selamat.
oogle



Seorang lelaki melepaskan tembakan secara membabi buta di sebuah cafe di Kota Seattle, Amerika Syarikat  , di hari Rabu (30/5/2012), waktu setempat, dan membunuh sedikitnya lima orang.
Tersangka, yang dikenali sebagai Ian Stawicki (48), memasuki Espresso Cafe yang berada di dekat Universiti Washington sekitar pukul 11.00 waktu setempat.

Tanpa usul periksa dia segera melepaskan tembakan senjata api yang dibawanya, ke arah lima orang yang berada di dalam cafe tersebut. Dua korbannya langsung mati di lokasi kejadian.
Setengah jam-kemudian, Ian menembak seorang wanita di pusat kota Seattle, sebelum melarikan diri dalam hitam Mercedes-Benz SUV. Wanita itu juga mati di tempat akibat luka tembakan yang dideritanya.

Seorang petugas polis , berhasil menemukan Ian, beberapa jam kemudian satu batu  setengah jauh dari kenderaan SUV Mercedes Benz yang ia gunakan untuk melarikan diri.

Ketika didekati oleh petugas, Ian menodongkan pistol ke kepalanya dan menekan picunya.
"Tersangka tunggal dalam 4 pembunuhan di 2 lokasi, menembak kepalanya sendiri ketika didekati oleh petugas polis ," ujar Polis Seattle dalam akaun Twitternya.

Dia segera dilarikan ke rumah sakit terdekat, dimana disanalah ia dan kedua mangsanya meninggal dunia.
Motif dari penembakan tersebut hingga kini belum diketahui, namun seorang saudaranya mengatakan, Ian menderita sakit jiwa. (channelnewsasia)
 TRIBUNNEWS.COM

Sabtu, 28 Desember 2013


Yus Jambu Bakal Kahwini Model Sambilan
Yus Jambu Bakal Kahwini Model Sambilan - KUALA LUMPUR : Sebaik saja kumpulan Jambu yang dianggotai Yus dan Tauke diumumkan sebagai naib johan program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM), Yus secara rasminya telah mencanang satu Malaya bahawa dia akan menggunakan wang kemenangan tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinannya nanti.
Namun, sehingga ke hari ini, Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo,37, masih belum memberitahu identiti sebenar wanita yang telah pun bertakhta di hatinya sekaligus memikat hati Yus untuk menjadi suri dihatinya.
“Saya ni bukan jenis perahsia. Kalau ikutkan hati saya, saya nak beritahu semua bahawa dia adalah bakal isteri saya. Namun, demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu foto dan nama sebenarnya.
“Namun, untuk tidak mengecewakan orang yang dah bertanya, saya akan memberitahu sedikit demi sedikit siapakah dia orangnya. Nama pangkal dia adalah B dan dia berasal dari Taiping. Dia bekerja sebagai setiausaha ahli korporat dan juga model sambilan. Dia berumur 32 tahun.
“Saya baru saja empat bulan mengenalinya. Saya kenal dia pun menerusi facebook. Alhamdulillah, setakat ini saya suka dan mahu dia jadi isteri saya kerana dia sangat memahami saya,” katanya kepada murai.com.my.
Membicarakan soal tarikh kahwin, Yus mengakui dalam persiapan menuju ke alam perkahwinan. Namun, Yus memberitahu berkemungkinan besar tidak akan bertunang kerana pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini.
“Ya, saya akan berkahwin dengan dia. Namun, tarikh yang tepat masih belum ada. Mungkin paling cepat tahun ni paling lewat pun tahun depan. Walaupun masih belum bertarikh, saya sudah merancang untuk membuat majlis kahwin ala kampung di pihak saya di Perlis nanti.
“Saya suka dia sebab wajahnya persis gadis kampung. Apabila saya kenal dia menerusi facebook, selama dua minggu dia tidak pernah tahu saya ini adalah artis atau pun Yus Jambu. Sehinggalah satu hari, kawan dia memberitahu dia dan dia sendiri bertanyakan identiti saya.
“Selepas kenal dan tahu siapa saya, dia tersangatlah memahami kesibukan saya. Dia pun wanita yang mempunyai wawasan dan bekerjaya. Setakat ini, saya sudah pun berjumpa dengan ahli keluarganya. Tapi saya belum datang ke rumahnya di Taiping. Kami berjumpa pun tatkala keluarganya datang ke Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini,” jelasnya.
Meneruskan cerita, Yus bersyukur ayah dan keluarga wanita itu menerimanya dan memberikan pandangan positif terhadap hubungan mereka.
“Ayah dia yang nak berjumpa dengan saya. Dia nak kenal identiti dan perlakuan saya. Alhamdulillah, mereka suka saya dan mengatakan saya tidak seperti yang disangkakan. Maksudnya, pada mulanya mereka ingatkan saya ni kategori artis sombong dan belagak, tapi sebenarnya saya tidak.
“Saya pun mesra dengan keluarga dia. Ayah dia pun sporting dan sekepala dengan saya. Saya rasa saya tidak akan bertunang dengan dia. Kalau bertunang pun sekejap saja. Dulu saya dah 4 tahun menghadapi dilema bertunang.
“Terus-terang, saya sudah lama tidak merasa perasaan gembira sebegini. Jadi, doakanlah saya bahagia dan hubungan saya kekal selamanya,” jelasnya.
Sementara itu, Yus berjanji apabila tiba waktunya nanti, dia akan beritahu dan mendedahkan wajah kekasihnya itu. – Murai

Harakahdaily, 12 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa postmortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pendang manakala Ustaz Azizan kekal di DUN Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!