Tampilkan postingan dengan label haji. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label haji. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

Harakahdaily, 17 Jun 2012
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu segera mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum PRU-13 akan datang bagi menghilangkan keresaan yang dihadapi bakal haji pada waktu ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, selagi perdana menteri itu tidak mengumumkan bila tarikh PRU-13 akan diadakan, selagi itu bakal haji berada dalam keresahan dengan desas-desus yang ditimbulkan.

"Najib perlu mengumumkan tarikh pilihan raya supaya orang Islam dapat mengerjakan haji secara aman dan tenteram.

"Mereka boleh membuat perancangan jika sekiranya tarikh pilihan raya diadakan pada bulan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Selangor, di Auditorium Jubli Perak, Bangunan SUK, di sini, pagi tadi.

Beliau mengulas spekulasi yang mengatakan pilihanraya akan diadakan pada musim haji iaitu pada bulan Zulhijah atau pertengahan Oktober sehingga pertengahan November.

Awal minggu lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli parti yang terlibat secara langsung dalam pilihanraya seperti calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya agar menangguhkan rancangan untuk menunaikan ibadah haji ekoran desas desus itu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perdana menteri kini berada dalam kebingungan untuk menentukan tarikh tersebut ekoran pelbagai masalah sedang dihadapinya yang menjejaskan BN secara keseluruhan.

"Beliau menghadapi beban berat menggalas isu isterinya, dalaman parti, Bersih 3.0 yang tersebar ke seluruh dunia dan isu beliau sendiri dikait dengan Scorpene," katanya.

Facebook PAS Selangor

Terdahulu dalam program hari ini, PAS Selangor turut melancarkan laman peminat Facebook mereka.

Ianya sebagai medium rasmi PAS negeri menyalurkan maklumat khususnya dalam mendekati golongan belia di negeri itu.

Face "PAS Selangor" itu boleh akses di pautan https://www.facebook.com/pas.selangor.

Hadir sama program hari ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, Timbalan Pesuruhjaya Iskandar Abdul Samad, Sallehem Muhyi, Khalid Samad, Setiausaha Mohd Khairuddin Othman, Bendahari Izham Hashim, Ketua Penerangan Saari Sungip.
Selain itu turut hadir Ketua Dewan Ulama Ustaz Mohamad Zain Abdul Rahman, Ketua Pemuda Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan, Ketua Muslimat Wan Hasrina Wan Hassan dan kepimpinan dari kawasan seluruh negeri.

Dianggarkan lebih 2,000 orang hadir dalam program fasa pertama ini sebelum himpunan besaran akan diadakan di Stadium Kuala Selangor pada 15 Julai 2012 nanti.

Jumat, 28 Februari 2014


MAKKAH – Jemaah haji Malaysia akan bertolak ke Arafah secara tiga peringkat pada 13 Okt bagi memulakan ibadah haji musim ini.

Ketua Rombongan Haji Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, semua jemaah haji itu akan bergerak secara berperingkat mulai pukul 11 pagi sehingga tengah malam.

“Pada 13 Okt ini adalah bersamaan 8 Zulhijah dan kita akan membawa jemaah secara berperingkat dan kesemua jemaah haji dijangka berada di Arafah awal pagi 9 Zulhijah iaitu pada 14 Okt,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke kawasan Masyair yang meliputi Arafah, Mina dan Muzdalifah dekat sini, Selasa.

Katanya, pihak Tabung Haji akan membantu membawa jemaah haji yang uzur atau yang sedang menerima rawatan di hospital dengan ambulans untuk berwukuf di Arafah yang merupakan rukun haji.

Beliau berkata, selepas wukuf iaitu antara waktu Zohor sehingga Maghrib pada 14 Okt, rombongan jemaah haji itu akan dibawa keluar dari Arafah untuk bermabit (singgah) di Muzdalifah pada sebelah malam sebelum berkhemah di Mina untuk melontar di ketiga-tiga jamrah.

Syed Saleh berkata, jemaah haji akan diberi taklimat mengenai barangan yang perlu dibawa selama lima hari untuk melaksanakan ibadah haji di Masyair.

“Tabung Haji juga telah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika hujan pada hari-hari berkenaan dan kesemua keperluan ogistik telah pun dipasang,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Arab Saudi juga telah mengarahkan semua pengurusan muassasah untuk memasang keperluan logistik hari ini.

Sementara itu, penerbangan terakhir yang membawa jemaah haji Malaysia ke Makkah dijangka tiba pagi Khamis, sekali gus menjadikan sejumlah 22,320 jemaah haji Malaysia berada di tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu musim ini.

Sehingga kini, lima jemaah haji dari kalangan warga emas meninggal dunia di tanah suci. – BERNAMA
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!