Tampilkan postingan dengan label anaknya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anaknya. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014

26 Sep 2013
Paris, - Sadis! Seorang ibu di Perancis tergamak membiarkan anak kandungnya yang berumur 4 tahun disodomi oleh ayah tiri si anak. Wanita muda itu bahkan ikut memegang  puteranya itu sehingga suaminya boleh melampiaskan nafsu setannya pada si anak!

Atas perbuatan biadab tersebut, mahkamah di Strasbourg, Perancis timur menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi wanita bernama Sabrina Bonner (25) tersebut. Bonner dan pasangannya, Lionel Barthelemy (31) mengaku bersalah atas sejumlah dakwaan pemerkosaan dan penyerangan seksual terhadap anak laki-laki, yang kini berumur 8 tahun itu.

Parahnya lagi, salah satu perbuatan mesum tersebut terjadi di ruang jenguk sebuah penjara di Toul, Perancis timur. Ketika kejadian, Barthelemy sedang menjalani hukuman penjara atas kes kekerasan. Lelaki itu telah mendekam di penjara sejak Ogos 2009. Atas pemerkosaan ini, Barthelemy pun menerima hukuman yang sama dengan isterinya, Bonner.

"Perilaku Sabrina B bahkan tidak seperti seekor hewan terhadap anaknya," kata pendakwa penuntut umum Gilles Delorme seperti dilansir kantor berita AFP, Khamis (26/9/2013).

Beberapa kali kekerasan seks tersebut, termasuk yang terjadi di ruang jenguk penjara Toul, bahkan dirakam dengan telepon genggam.

Di mahkamah terungkap, ketika di ruang jenguk penjara, Bonner menutup kedua mata puteranya dengan kain dan menyuruhnya berlutut di atas sebuah kerusi di depan Barthelemy. Wanita itu kemudian memegang  kedua tangan puteranya sementara dia disodomi oleh Barthelemy.

Kes ini menimbulkan pertanyaan mengapa penjaga penjara tidak mengetahui peristiwa tersebut.

Di mahkamah, Bonner pun mengaku telah melakukan sejumlah kejahatan seks terhadap anaknya selama tahun 2009 dan 2010, merakamnya dengan telepon genggam dan menunjukkan rakaman tersebut pada Barthelemy yang dipenjara.

Bonner menyerahkan diri kepada polis  pada Mei 2011 lalu, beberapa saat sebelum Barthelemy dijadualkan bebas dari penjara. Bonner mengklaim dirinya melakukan perbuatan tersebut atas perintah dan ancaman dari Barthelemy.

  Sumber:detikNews

Selasa, 11 Februari 2014



Ketika negara meraikan perkahwinan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo, bapa pengantin lelaki, Lee Ah Chai dilaporkan merajuk di rumahnya di Pulau Pinang.
Menurut khabar angin bapa Chong Wei disisih daripada sambutan perkahwinan selama tiga hari bermula pada Jumaat di Kuala Lumpur Convention Centre. “Saya seorang bapa yang sedih,” Menurut Lee dalam bahasa Cina di Facebook beliau.





“Saya akan tonton siaran langsung anak lelaki saya di NTV7 dari rumah.” Dipercayai perhubungan antara Lee dan isterinya dan anak-anak bergolak sejak beliau didakwa cuba membunuh diri pada Jun tahun ini.
Meskipun pesara berusia 59 tahun ini telah menafi sekeras-kerasnya tentang cubaan beliau membunuh diri dengan melompat daripada Jambatan Pulau Pinang apabila ditemui oleh polis pada 10 Jun, sumber terdekat keluarga Lee mendakwa bahawa hutang-piutang beliau yang bertimbun memusnahkan perhubungan keluarganya.
Namun Chong Wei yang tidak gemar membincangkan tentang rahsia keluarganya, memberitahu Red Carpet (laman portal hiburan di bawah ABN Media Group, www.redcarpet.net.my) bahawa, “Saya bukan seorang selebriti. Saya seorang yang amat berahsia.”
Chong Wei dan Mew Choo berkahwin dalam satu majlis minum the Cina pada Jumaat dengan disaksikan oleh keluarga dan rakan rapat.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!